Saiz Teks : Pilihan Warna :  default green red red contrast gplay light rose
  • banner1
  • banner2

PROFIL SPEAKER

yb speaker

Yang Berhormat Dato' Law Choo Kiang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Kawasan N18 Bukit Tambun yang terletak dalam kawasan Parlimen Batu Kawan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN), Huan Cheng Guan manakala pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau skali lagi diberi amanah untuk bertanding di Kawasan Dewan Undangan Negeri N18 Bukit Tambun dan mendapat kemenangan dengan mengalahkan Lai Chew Hock.

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) mengendalikan Portfolio Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir selepas PRU 2008. Pada 28 Jun 2013, iaitu selepas Pilihanraya Umum 2013,beliau telah mengangkat sumpah menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Beliau dilahirkan pada 05 September 1970 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sek. Men. Jenis Kebangsaan Jit Sin, Bkt Mertajam. Menyambung pengajian dalam bidang Business Administration di Universiti Kebangsaan Chung Hsing, Taiwan dan telah memperolehi Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Bachelor of Business Administration) pada tahun 1994. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran Post-Graduate di Shanghai University dalam bidang Mass Communication.

Memulakan kerjaya dalam bidang pengurusan kilang di Shezhen, China. Menjawat jawatan sebagai Pengurus di beberapa kilang multinasional.

Menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat) pada tahun 2000. Telah dilantik sebagai Ketua Biro Perhubungan Masyarakat PKR pada tahun 2001. Pernah menyandang jawatan Ketua Bahagian PKR Bukit Mertajam dari tahun 2002 hingga 2004.

Menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri pada tahun yang sama. Pada tahun 2006, dilantik menjadi Ketua Penerangan Negeri. Telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri mulai 2010 sehingga kini.