Senarai Jawatankuasa Dewan PDF Cetak E-mail

Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan

Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada sembilan orang Ahli-ahli yang lain yang dilantik oleh Dewan di antara Ahli-ahlinya sebaik-baik sahaja selepas permulaan sesuatu penggal  itu.
Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada:

1.    Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (Pengerusi)
2.    Y.B. Tuan Koay Teng Hai (Ahli)
3.    Y.B. Tuan Maktar bin Haji Shapee (Ahli)
4.    Y.B. Tuan Sim Tze Tzin (Ahli)
5.    Y.B. Tuan Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman (Ahli)
6.    Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Sted Ahmad (Ahli)
7.    Y.B. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya (Ahli)
8.    Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah (Ahli)
9.    Y.B. Tuan Haji Muhamad Farid bin Saad (Ahli)

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109, hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, mengandungi Speaker sebagai Pengerusi dan tidak lebih dari sepuluh orang ahli yang lain yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas permulaan penggal.  Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Dewan.  Adalah menjadi kewajipan atas Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan padanya, dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada:
1.    Y.B. Tuan Abdul Halim bin Hussain (Pengerusi)
2.    Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Ahli)
3.    Y.B. Tuan Tan Cheong Heng (Ahli)
4.    Y.B. Tuan Lau Keng Ee (Ahli)
5.    Y.B. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam (Ahli)
6.    Y.B. Tuan Ong Chin Wen (Ahli)
7.    Y.B. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim (Ahli)
8.    Y.B. Dato’ Hajah Jahara binti Hamid (Ahli)
9.    Y.B. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed (Ahli)
10.  Y.B. Tuan Haji  Shabudin bin Yahaya (Ahli)
11.  Y.B. Puan Hajah Zabariah binti Wahab (Ahli)

Jawatankuasa Dewan

Dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109, hendaklah diadakan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Dewan, mengandungi Speaker sebagai Pengerusi dan tidak lebih dari sepuluh orang ahli yang lain yang dilantik dengan seberapa segeranya yang boleh selepas permulaan penggal persidangan.  Adalah kewajipan Jawatankuasa ini untuk menimbangkan dan menasihatkan Speaker atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan yang terdapat bagi Ahli-ahli  Dewan.  Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Dewan membuat ketetapan memberi kuasa berkenaan dengan ini.

Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada:
1.    Y.B. Tuan Abdul Halim bin Hussain (Pengerusi)
2.    Y.B. Tuan Tan Hock Leong (Ahli)  
3.    Y.B. Tuan Teh Yee Cheu (Ahli)  
4.    Y.B. Tuan Koid Teng Guan (Ahli)  
5.    Y.B. Tuan Tan Beng Huat (Ahli)
6.    Y.B. Tuan Ong Khan Lee (Ahli)
7.    Y.B. Dato’ Haji Roslan bin Saidin (Ahli)
8.    Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah (Ahli)
9.    Y.B. Tn. Haji Shabudin bin Yahaya (Ahli)
10.  Y.B. Tn. Haji Muhammad Farid bin. Saad (Ahli)
11.  Y.B. Dato’ Mahmud bin Zakaria (Ahli)

Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat

Dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109, hendaklah diadakan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat mengandungi Speaker sebagai Pengerusi dan tidak lebih dari sepuluh orang Ahli yang lain yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas permulaan penggal. Adalah kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan dari semasa ke semasa dan mengemukakan penyata kepada Dewan berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat yang dirujukkan oleh Dewan kepadanya bagi ditimbangkan.  Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikemukakan surat-surat kecuali Dewan membuat ketetapan memberi kuasa sedemikian.

Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada:
1.    Y.B. Tuan Abdul Halim bin Hussain (Pengerusi)
2.    Y.B. Tuan Tan Hock Leong (Ahli)
3.    Y.B. Tuan Ng Wei Aik (Ahli)
4.    Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Ahli)
5.    Y.B. Tuan Yeoh Soon Hin (Ahli)
6.    Y.B. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam (Ahli)
7.    Y.B. Tuan Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed (Ahli)
8.    Y.B. Tuan Dato’ Haji  Roslan bin Saidin (Ahli)
9.    Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah (Ahli)
10.  Y.B. Dato’ Mahmud bin Zakaria (Ahli)
11.  Y.B. Puan Hajah Zabariah binti Wahab (Ahli)

Jawatankuasa Perlembagaan

Dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109, hendaklah ada satu Jawatankuasa Tetap berkenaan dengan Perlembagaan yang dipanggil Jawatankuasa Perlembagaan, mengandungi Ketua Menteri sebagai Pengerusi dan tidak lebih dari sepuluh orang Ahli Dewan yang lain  yang dilantik oleh Dewan dari semasa ke semasa.

Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada:
1.    Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (Pengerusi)
2.    Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (Ahli)
3.    Y.B. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady (Ahli)
4.    Y.B. Tuan Ong Khan Lee (Ahli)
5.    Y.B. Tuan Maktar bin Haji Shapee (Ahli)
6.    Y.B. Tuan Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman (Ahli)
7.    Y.B. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim (Ahli)
8.    Y.B. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya (Ahli)
9.    Y.B. Dato’ Hajah Jahara binti Hamid (Ahli)
10.  Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Sted Ahmad (Ahli)
11.  Y.B. Tuan Haji  Shabudin bin Yahaya (Ahli)

Dikemaskini pada Rabu, 28 April 2010 20:09
 

Hubungi Kami

1 Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang,
Lebuh Light, 10200, Georgetown
Pulau Pinang
2 +604-2611955
3 +604-2636008
112095

Penafian: Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768