Saiz Teks : {module 99} Pilihan Warna :  {module 102}
  • Banner_3
  • Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Mesyuarat Pertama Penggal pertama Dewan Undangan Negeri Yang Empat Belas
  • banner2

PROFIL SPEAKER

yb speaker

Dato' Law Choo Kiang dilahirkan pada 05 September 1970 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sek. Men. Jenis Kebangsaan Jit Sin, Bkt Mertajam. Menyambung pengajian dalam bidang Business Administration di Universiti Kebangsaan Chung Hsing, Taiwan dan telah memperolehi Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Bachelor of Business Administration) pada tahun 1994. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran Post-Graduate di Shanghai University dalam bidang Mass Communication.

Memulakan kerjaya dalam bidang pengurusan kilang di Shezhen, China. Menjawat jawatan sebagai Pengurus di beberapa kilang multinasional.

Menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat) pada tahun 2000. Telah dilantik sebagai Ketua Biro Perhubungan Masyarakat PKR pada tahun 2001. Pernah menyandang jawatan Ketua Bahagian PKR Bukit Mertajam dari tahun 2002 hingga 2004.

Menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri pada tahun yang sama. Pada tahun 2006, dilantik menjadi Ketua Penerangan Negeri. Telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri mulai 2010 sehingga kini. Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Kawasan N18 Bukit Tambun yang terletak dalam kawasan Parlimen Batu Kawan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk 2 penggal, iaitu tahun 2008 hingga 2018.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN), Huan Cheng Guan manakala pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi diberi amanah untuk bertanding di Kawasan Dewan Undangan Negeri N18 Bukit Tambun dan mendapat kemenangan dengan mengalahkan Lai Chew Hock.

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) mengendalikan Portfolio Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir selepas PRU 2008. Pada 28 Jun 2013, iaitu selepas Pilihanraya Umum 2013, beliau telah mengangkat sumpah menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-13. Beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2018, tetapi turut dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14 pada 2 Ogos 2018 hingga hari ini.