Saiz Teks : {module 99} Pilihan Warna :  {module 102}
  • Banner_3
  • Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Mesyuarat Pertama Penggal pertama Dewan Undangan Negeri Yang Empat Belas
  • banner2

PROFIL TIMBALAN SPEAKER

 N.20

Dilahirkan pada 13 Jun 1959 di Pulau Pinang. Beliau merupakan Pengurus Pasukan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang pada tahun 2011 dan kini berkhidmat sebagai Doktor Perubatan bagi pasukan tersebut. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) dari Kasturba Medical College, Manipal India dan beliau telah dianugerahkan Doktor Falsafah pada tahun 1993.

Memulakan kerjaya sebagai Doktor Perubatan di Hospital Taiping dan kemudiannya berkhidmat di Hospital Daerah Bukit Mertajam. Beliau seterusnya meneruskan kerjaya sebagai Doktor Perubatan di Klinik Wawasan Alma, Bukit Mertajam.

Mantan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai dan merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau sering menganjurkan Program Khidmat Masyarakat dan Kebajikan seperti Program Gotong-Royong dan Kem Kesihatan. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Sungai Bakap dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.