DUNPP telah menjadi penganjur dan tuan rumah kepada beberapa pameran dan seminar setiap tahun. aktiviti dan program yang dijalankan adalah berkait rapat dengan peranan DUN, Ahli-ahli Dewan, demokrasi serta memupuk hubungan Ahli-ahli DUN, NGO dan pemimpin masyarakat.

Untuk memudahkan lagi pemahaman masyarakat negeri dengan peranan demokrasi, sebuah ruang juga telah diperuntukkan untuk diadakan galeri atau pameran bermusim. Ia merangkumi sejarah persidangan DUNPP, parti-parti dan pemimpin yang terlibat dan juga sejarah penubuhan DUNPP.